Hati Ini Pernah Dilukai
Irina tersenyum terdengar teman sekerjanya melalak melolong. Dia memang gemar bernyanyi bila bosan. Menyedari dia bernyanyi menurut irama deringan telefon bimbitnya pula, Irina terkedu. Deringan itu telah dia aturkan untuk seorang sahaja. Dan lama sudah Irina tidak mendengar deringan itu. Irina mula mencari telefon bimbitnya. Kemudian diamati nama yang tertera di skrin telefon seolah masih tidak percaya...
"Hello...?"
"Tahniah..."
Irina memejamkan matanya... dan menggigit bibirnya menahan sebak. Suara lunak itu masih dapat menggetarkan hati ini.
"Terima kasih... Macam mana An tahu?"
Suatu soalan yang bodoh. Tiada rahsia yang boleh tersimpan antara mereka... walau tidak dizahirkan. Apatah lagi bila pengakuan telah dibuat. Tetapi tiada lagi yang dapat dia fikirkan untuk diperkatakan.
"Zam cerita. Tak keterlaluan kan ucapan tahniah walaupun An orang terakhir yang tahu?"
Tersinggung bunyinya.
"... kenapa berahsia sangat? Suami orang ke?"
Irina mampu tersenyum... walau matanya telah mula berkaca.
"Rin ni muka perampas agaknya, yang semua orang menuduh Rin begitu..."
"Maaflah... An bergurau jer... Kenapa sensitif sangat? An cuma nak ucapkan tahniah atas kebahgiaan teman baik An... Yalah... hari bahgianya An tak dijemput kan..."
"Rin pasti jemput teman-teman Rin semua... Tunggu ajelah bila tiba masanya..."
"Kalau begitu An tunggu... Rin jaga diri ya..."
Kesepian menyelebungi beberapa detik... sehingga Irina yang memutuskan talian. Airmatanya mengalir deras.
Farhan masih memegang telefon bimbitnya ke telinga walau talian sudah diputuskan. Panggilan itu adalah satu ujian. Namun, masih sukar membuat penilaian.
Kecewakah dia? Sedikit. Orang yang digemburkan paling rapat padanya tidak memberitahu tentang peristiwa yang begitu penting. Peristiwa yang tidak pernah akan diduganya... Tapi yang paling penting... adakah dia kecewa kerana orang terakhir yang tahu... atau kecewa kerana bukan dia pilihan Irina?
"Kau dengan Rin sebenarnya macam mana?"
"Macam mana apa?"
"Yelah... akhir-akhir ni tengok korang macam lain gitu?"
"Lain macam mana pulak, kau ni?"
"Jangan lagak bodoh An... Korang makin rapat, bukan?"
"Kalau ya, mengapa? Kami sama-sama single kan? Tak ada yang tergugat dengan kerapatan kami. Yang kau macam marah ni apa hal?"
"Jadi betullah korang bercinta? Aku bukan apa... she’s a nice girl... aku tak mahu lihat dia terluka."
"I don’t make a habit melukakan orang, Am. Apasal dengan kau? Kalau rapat saja kena bercinta, ke? Aku menyenanginya. Orangnya cool dan perhubungan kami tak complicated. Kalau kita terjumpa... ok... lepas tu mungkin buat rancangan apa-apa. Kalau tidak, pun ok. Aku tak menanyakan apa dia buat dan dengan siapa. Dia pun begitu.Kami sekepala..."
"Kau pasti? Kau tak rasa perlu mendefinasikan sejelasnya perhubungan kalian?"
"Seperti aku kata... kami sekepala. Tak perlu penjelasan semua."
Teringat lagi perbualannya dengan Izham suatu ketika dahulu sewaktu perhubungannya dengan Irina mula mekar. Izham yang pertama mempersoalkan hubungannya dengan Irina, tetapi bukan yang terakhir. Tapi semua teman-teman merasakan dia mempermainkan Irina. Dengan mengukur dialah jejaka pertama yang Irina biarkan mendekatinya. Tapi rasanya, tiada istimewanya dia. Irina turut rapat dengan Izham... dengan Razmil... mengapa tiada yang kisah? Hanya kerana mereka telah berpasangan?
Membawa berita akan pertunangan Irina, isu itu muncul kembali. Izham seolah mengharapkan reaksi hampa kecewa. Tetapi rasanya dia yang lebih kecewa bila Farhan tampak biasa. Sekadar bingung mengapa teman-teman suka menduga hatinya.
Sejujurnya... fikiran Farhan sendiri bercelaru... atau mungkinkah kerana harapan dan dugaan teman-teman? Irina memang seseorang yang istimewa dalam hidupnya... itu tidak dapat disangkal. Tetapi... dia pernah kecewa kerana terkeliru dahulu... Farhan termangu.
Irina juga sedang termenung termanggu.
"Rin... kau pasti? Jangan buat keputusan terburu-buru... Ini soal masa depan kau. "
"Aku dah fikirkan... Telah lama aku menunggu... menilai keadaan... Pinangan Abang Man aku rasa datang pada waktu yang sesuai. Aku telah puas menunggu, Lin. Usiaku makin meningkat, aku tak boleh selamanya menanti sesuatu yang tak pasti. Lebih baik aku menerima seseorang yang ku pasti menyayangiku... dan tak akan mensiakanku."
“Rin yang aku kenal tidak akan sedang membuat suatu keputusan sebegini... Rin... walau kau tak menunjukkannya, aku tahu kau amat ambil berat tentang An...”
Irina memandang teman baiknya itu dangan mata berkaca.
“An jejaka yang paling baik yang ku kenali Lin... Kenapa hingga dia boleh turut menjadi jejaka yang paling melukakanku... walau tanpa sedar? Aku... Aku tak mampu terus begini lagi, Lin. Berbulan boleh berlalu Lin, tanpa dia mengutuskan walau secebis khabar. Dan sedang ku dapat belajar untuk hidup tanpanya, dia akan muncul kembali mewarnai hidupku kembali. Begitu tandus agaknya hidupku ini Lin, yang aku begitu mengharapkan saat yang dia teringat akanku lagi... “
"Tapi aku tetap mahu kau berfikir sebenarnya. Kau tak akan menyesal? Aku rasa sekurangnya kau harus meminta kepastian dari Farhan. What do you have to lose? Kalau dia katakan dia hanya menganggap kau sebagai kawan... Rizman sedia menanti kau. Tapi Rin... aku yakin Farhan pun menyayangi kau."
"Sebagai seorang kawan! Tak lebih dari itu. Korang semua juga kan yang menyatakan betapa rapatnya kami. Sebagai teman rapatnya, aku dapat membacanya. Dan aku tahu dia tidak menganggapku sebagai teman istimewanya. Aku tak sanggup... Aku tak cukup kuat untuk mendengar dia menzahirkan dari mulutnya sendiri... betapa dia tidak mencintaiku"
"Rin...?"
"Diam aje Cik Lin kita... Pasal takde kaki ke? Awak kena biasakan diri tau... Baru jadi tunangan orang Cik Rin kita dah tak selalu join. Nanti jadi isteri orang makin susahlah nak jumpa dia."
"Hidup ni suatu gurauan ke An?"
"Aik... orang main-main jer... janganlah marah Cik Hazlin oiii..."
"Kau tu yang tak cukup serius. Kau tahu tak Rin nak tunang pasal kau!"
"Aik... pelik tu... dia nak tunang pada orang lain... yang aku tak kenal pun, semua pasal aku?"
"Jangan lagak bodoh, Farhan, Rin sukakan kau!"
"Jangan buat lawak lah Hazlin. Yang kau marah-marah kat aku ni pasal apa?"
"Pasal kau menghancurkan hati teman yang amat ku sayangi. Apa lagi yang kau cari? Apa kurangnya Irina? So many guys are crazy about her. Tapi kau yang mencuri hatinya. Kenapa kau tak dapat menerimanya? Kan korang begitu secocok lagi? Dua-dua terlalu ego tak mahu mengaku perasaan masing-masing! Apa erti menjaga keegoan itu jika kau terluka, Farhan? An... kau tak boleh biarkan dia melakukan sesuatu yang akan dia sesali..."
“Lin... Saya faham awak sayang Rin sangat... dan An... dan selalu mengharapkan mereka bersama. Tapi... ni hidup mereka. Mereka harus membuat keputusan mereka sendiri...”
“Awak sepatutnya kawan baik dia. Awak nak biarkan dia lepaskan saja Rin macamtu. Saya tahu awak tak nak masuk campur, tapi saya juga tahu bukan saya sahaja yang rasa mereka lebih dari kawan!”
“Jadi awak nak saya buat apa?? Paksa Farhan untuk terima Irina? Awak nak saya kahwinkan diorang?”
“Awak tak faham... Irina yang saya kenali selama ini seorang yang berdikari, yang percaya diri... yang tabah tak pernah menitiskan airmata walau apa terjadi. Am... Minggu ni setiap Lin bual dengan Rin...... Dia membuat tindakan ini kerna putus asa... dan saya tak begitu pasti yang dia yakin dengan apa yang dilakukannya... Awak sanggup biarkan Rin membuat keputusan yang akan dia sesali seumur hidupnya?”
Tak pernah emosi yang begitu hebat dilemparkan padaku. Hazlin seolah histeria menyerangku. Jika Izham tidak menenangkannya, entah apa yang terjadi. Tetapi... hati ini turut tercarik apabila Hazlin sehingga mengalirkan airmata...
Irina sukakan aku? Mengapa? Begitu ramai jejaka yang ku tahu mengejarnya... dan dia menaruh hati padaku? Aku?
Ku rasa itu sesuatu yang sukar dipercayai.
Tetapi jika benar...
"... Rin tahu perasaan Rin tak akan berbalas. Tu sebab Rin tak pernah meluahkannya pada An. Rin tahu ada seseorang yang bertakhta di hati An..."
Aku merenungnya... dalam.
"Benar bukan? Rin minta maaf kerana tak memberitahu An dahulu yang Rin akan bertunang, tapi Rin takut Rin tak akan dapat mengawal emosi Rin..."
"Maafkan An..."
"Tiada yang perlu dimaafkan..."
"An tak nak kerana An, Rin membuat keputusan terburu-buru."
"Rin membuat keputusan ini bukan hanya kerana An. Rin yakin Rizman dapat membahagiakan Rin. Kami kenal dah lama... Jauh sebelum Rin berkenalan dengan An. Malah kami pernah bermain cinta. Kemudian Rin yang memutuskannya... kerana hubungan kami terlalu bergelora. Kemudian, Rin bertemu An... dan An dapat begitu memahami Rin sebagaimana Rizman... tetapi hubungan kita begitu damai. Kita dapat membaca isi hati masing-masing tanpa berbicara. Tetapi... kebenaran apa yang dibaca juga tak ketara kan? Dengan Rizman... selalu sangat kami gaduh. Tetapi, Rin tak pernah tertanya-tanya dia mana duduk sesuatu perkara itu. Segala-galanya jelas. Rin tak pernah tertanya-tanya. Rin pasti dia menyayangi Rin... dan Rin juga... An kawan yang terbaik sekali... dan yang Rin sedikit kecewa, kerana Rin perempuan dan An lelaki, persahabatan kita akan berakhir di sini. Tak dapat kita seakrab dahulu. Tapi Rin akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat An."
"An juga akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Rin..."
Irina mengeluarkan selendang putih itu dari bungkusannya.
Especially to my dearest friend... So that she'd even be more beautiful...
Irina mencampak kad yang mengandungi kata-kata hikmah itu seolah ia membakar tangannya.
An tak nak kerana An, Rin membuat keputusan terburu-buru."
Egonya... begitukah jejaka yang begitu dipujanya? Tetapi besar lagi keegoannya sendiri... yang masih mengharap Farhan akan menghalang pertunangannya dan meluahkan perasaannya yang terpendam selama ini. Irina mengambil nafas panjang.
Kini aku memerhatikan jarinya disarungkan cincin tanda rasmi dia tidak lagi boleh menjadi teman rapatku seperti dahulu. Irina mengangkat tangan itu untuk mengesat airmata yang bolos dari kelopaknya. Dia didakap ibu Rizman. Dia tertawa dalam sendunya. Seolah sedar diperhati, mata kami bertembung. Perlahan dia tersenyum... hanya untukku. Hatiku berkecai... hanya untuknya...

0 Comments:
Post a Comment
<< Home