Dari jauh aku telah ternampaknya. Tapi seperti biasa, dia leka dalam dunianya tersendiri. Aku memerhatikannya. Hari ini berpakaian tomboynya... dengan seluar cargo dan T-shirt baseball lelaki yang longgar. Rambutnya pula disepit entah bagaimana hingga tak keliahtan betapa panjangnya ia sebenarnya. Namun, entah bagaimana kewanitaanya teatap terserlah. Aku tersenyum dan sekadar berdiri membatu. Dia hampir melanggarku sahaja, jika dia tidak akhirnya perasan ada sesuatu menghalangi jalan.
“Ai! Jadi toll-gate ke?”
“Tak ah... kita speed bump! Jadi awak tu tak jalan menonong jer!”
Dia tertawa. Menarik bagaimana dari wajah yang serius, timbul suatu sinar di matanya yang redup itu, merebak mengukir sekuntum senyuman yang... aduh.. manis sekali.
“Maaf... tak perasanlah. Masih ngantuk. Tadi hampir terlambat tak sempat minum kopi. Kelas kita pagi tau... Awak baru sampai kita dah abis dah...”
Sengaja aku menghidu aroma secangkir kopi yang ku pegang. Dia membuat mimik muka sedih.
“Nahlah... ambiklah.”
“Tak apalah... An nak ke kelas kan. Sha beli sendiri... Atau balik pun best... sambung tidur!”
“Kata semalam ada meeting kan. Ambiklah... An belum minum, sumpah!”
Dia jelas tergoda. Aku tertawa memerhatikan dia cuba membuat keputusan.
“An jamah dululah sikit. Sha tak nak bersalah kalau An pulak tertidur di kelas.”
Kami berbual-bual kosong sambil aku menghirup kopi panas. Sedang aku memberikannya kepada Aisya, hampir tertumpah apabila Shariff tiba-tiba menepuk belakangku. Dia tersenyum kecil.
“Tak nak gi kelas ke brader?”
“Aku tunggu kaulah ni...”
“Ye ke...?”
“Eh! Dah ‘kul sepuluh! Sha pegi dulu.. Korangs have fun in class! Thanks, An!”
“Sama-sama kasih.. Oii!”
Aisya berpaling penuh tanda tanya.
“Meeting abis ‘kul berapa? Nak lunch tak?”
“Nak! Mestilah... Tapi not with you, sorry! Hehe... Sya ada movie-date lah! Bye!”
Dia melambai selamat tinggal. Berdetik hati ini memikirkan dia ingin keluar dengan siapa.
============================
"Best tengok cerita dengan Lina hari tu?"
Aisya mendongak dari pengamatan kertas-kertas di hadapannya dengan wajah berkerut.
"Bila?"
"Pagi tu yang Sya ambik kopi An tu kata kan ada movie-date..."
"Oooh..."
Aisya tertawa lucu.
"Jadi... Best tak? Tengok cerita apa?" desakku.
Aisya masih tertawa. Dia memberikanku pandangan aneh. Dia selalu memberi aku pandangan itu!
"Oklah... Tapi Sya tak pergi dengan Lina... Cerita tu oklah... tapi wasted... Sya balik sekali Papa Sya dah dapat VCD dia. An dah tengok? Nak pinjam VCD dia?"
Aku tak tahu jika ia disengajakan atau tida, tetapi soalanku mengenai siapa yang menemaninya menonton wayang bersama masih tidak berjawap. Tetapi apa yang ku kenali tentang gadis ini, jika dia tidak mahu menjawap sesuatu soalan, dia pandai menyelekoh hingga si penanya pun penat mendesak. Aku juga tahu kadangkala tidak disengajakan... memang fikirannya kekadang menerawang menyimpang jauh dari topik utama. Yang mana satukah kali ini?

<< Home