Aku memotong pendek perbualan dengan Adam dan berlagak sibuk. Namun anak mataku memerhatikan setiap langkahnya menuju kembali ke gerainya.
Hmmm. Boleh tahan. Dah kacak berbudi-bahasa pula. Aku tersenyum sendiri. Pandai aku memilih lokasi gerai.
Bila hari itu beransur, pendapatku, gerai jiranku lebih tepat dinamakan “Gerai Tiga Jejaka…Kacak”! Sedang aku dan Makcik berkemas untuk menutup gerai, Adam kembali bersama dua temannya.
“Bagaimana hari pertama? Nak tutup kedai ke… berinpirasi untuk membuka cawangan baru?”
Aku tidak menjawap. Sekadar bertukar senyuman dengannya.
“Adoiii! Beratnya dulang ni! Nak patah tangan aku…”
“Alah… Kesiannya. Muda-muda dah sakit-sakit badan. Mari makcik tolong, nak.”sambut makcikku sambil mengambil sedulang minuman itu dari tangan seorang teman Adam.
“Duduk sini, nak… Nama nya siapa?”
Irfan… dan yang lagi satu, Shahrin. Keduanya ramah dan nakal mengusik. Menjadikan gamat suasana dengan Makcikku yang tak kalah becok. Dengan berbekalkan minuman sedulang itu, sejarah hidup ditukar.
Unik situasi si Tiga Jejaka itu – siswa di universiti yang berdekatan – yang bergilir menjaga gerai mereka menurut siapa yang tidak mempunyai kuliah untuk dihadiri.

<< Home