ilham

. . . ilham pujangga . . .

Friday, October 19, 2001

Akhirnya aku berjaya memiliki gerai aku sendiri. Penat lelah aku terubat bila aku melihat tanda besar di hadapan kedai aku “Farah Café”… hmmm boleh tahan. Nasib baiklah Makcik aku dengan murah hati nak sama-sama melabur dengan aku. Hai kalau tidak mana aku nak cari modal?

“Farah jangan termenung, nanti kau tak terlayan orang ni…” Makcik aku memekik dari dapur.

Mesti ramai orang makan tengahari.

“Cik Dilla hari ni kita mesti cuba pikat orang beli di gerai kita, ok? Yes!”Makcik aku tersenyum melihat gelagat aku.

“Assalamualaikum… Erm… Ye cik nak beli apa? Kita di sini ada ayam… ikan… nasi padang…”

Sebelum sempat pemuda itu meneruskan perbualannya, aku memperkenalkan menu aku kepadanya.

“Tak… Saya bukan nak beli…”

“Ha… Habis tu kalau tak nak makan, nak apa?”aku membentak. Buat penat mulut aku sahaja.

“Nama saya Adam, saya yang menjual air dekat gerai di sebelah awak ni.”

Aku toleh ke sebelah kiriku. “Gerai Tiga Jejaka”. Hati kecilku seakan tersenyum. Pasti ramai perempuan yang membeli air dari mereka. Promosi katakan.

“Dekat atas kata tiga jejaka… Tapi di depan mata saya ni satu aje. Mana yang lagi dua?”

“Mereka tu lambat agaknya. Awak ke Farah?”

“Yelah saya lah pemilik kedai ini…”

“Saya sebenarnya nak ucapkan selamat datang dan selamat berniaga kepada awak. Harap-harapnya business awak maju lah hendaknya,” Adam berkata penuh semangat.

“Terima Kasih. Oklah Adam, saya kena layan orang tu. Nantilah boleh sembang-sembang lagi, ok?”